Sejarah Samsung SDS

Samsung SDS ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama Samsung Data Systems, dan kemudian namanya diubah menjadi Samsung SDS pada tahun 1997. Syarikat ini ditubuhkan untuk menyediakan ITSM kepada anak syarikat Samsung Group yang lain, terutama berasaskan teknologi digital kontemporari, seperti telefon bimbit, media sosial, sensor, teknologi awan, dan lain sebagainya.[6]

Pada mulanya, syarikat ini berfokus pada integrasi sistem dan pemyumberan luar teknologi maklumat, kemudian berkembang ke bidang logistik, proses perniagaan penyumberan luar, dan platform proses pengeluaran berasaskan teknologi maklumat. Baru-baru ini, Samsung SDS mula menangani kecerdasan buatan, blok rantai, komputasi awan, analisis data, dan platform berasaskan keamanan. Syarikat ini mulai berkembang ke luar Korea Selatan pada tahun 1997 dengan menubuhkan Samsung SDS America, dan Samsung SDS China pada tahun 1999. Syarikat ini memiliki lapan ibu pejabat serantau dan pejabat di 41 negara.[7] Pada tahun 2014, syarikat ini melakukan tawaran awam permulaan, dan seterusnya menjadi penawaran saham permulaan terbesar ketiga dalam sejarah Korea Selatan.[8] Pada tahun 2019, Samsung SDS menjadi syarikat teknologi maklumat Korea pertama yang penjualan tahunannya dapat melebihi 10 trilion won.[9]